Monday, November 12, 2012

Dari Dapur: Kek Coklat Kukus :)


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah setelah seminggu cuti mid sem 2 minggu lepas, minggu ini dapat cuti seminggu lagi! :) Kalau duk rumah memang suka main masak-masak tapi satu je pantang larang xleh ada orang tengok saya masak. Kalau tak, tungang langang jadinya..haha ^_^ saya masih lagi belajar dan akan terus belajar, masak  biasa-biasa boleh lah. hehe Tak sampai tahap masterchef tu lagi. InsyaAllah suatu hari nanti untuk baitul muslimku, nak sediakan santapan hari-harian daripada air tangan sendiri, berselawat dan bertawakal sebagai penambah perisanya :)

Nak berkongsi resepi Kek Coklat Kukus dan ini resepinya :)

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan gula (boleh dikurangkan)
  • 2 biji telor
  • 1 cawan air sejuk
  • 1 cawan susu pekat manis(boleh dikurangkan)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan koko
  • aluminium foil
Cara-caranya:

1. Masukkan 1 cawan gula dan 2 biji telor dan pukul sehingga kembang.

2. Kacau 1 cawan air sejuk, 1 cawan susu pekat dan 1 cawan minyak masak dalam bekas yang asing.

3. Dari nombor 1, masukkan 1 1/2 cawan tepung gandum, 1 sudu teh soda bikarbonat, 1 cawan koko dan  campurkan dengan nombor 2, gaul sehingga rata.

4. Tutup menggunakan aluminium foil supaya wap air tak masuk dan kek tak pecah. Kukus dalam 1 jam :)


sebelum kukus..gambar nie nampak kurang menarik..haha kek hitam ^^

Sebelum kukus,tutup dengan aluminium foil :)

Tadaa! dah boleh makan..baca bismillah dulu yep..tahu lh nampak sedap..hehe :p


resepi kek coklat kukus ini saya dapat daripada seorang my cousemate,classmate,groupmate,housemate and roommate! iaitu:

Nabilah binti Yahya :)

terima kasih bila dan terima kasih untuk ummi bila jg :)
Sayang awak Fillah ♥


10 Sahabat dijanjikan Syurga

Bismillahhirramanirrahim..


1. Abu Bakar al-Siddiq
    
Sahabat Rasulullah SAW yang paling rapat merangkap bapa mertua baginda SAW. Sabda Rasulullah    SAW yang bermaksud:"Orang yang sanggup berkorban harta dan dirinya kerana aku ialah Abu Bakar. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasih, aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku. Tetapi beliau merupakan saudaraku dalam islam." (Riwayat Muslim)

2. Umar al-Khattab
Pengislamannya benar-benar memberi nafas baru kepada islam. Merupakan sahabat kedua yang paling dicintai Rasulullah SAW juga merangkap mertua baginda.

3. Uthman bin 'Affan
Sayangnya baginda kepada beliau sehingga mengahwinkan dua orang puterinya kepada beliau. Beliau adalah satu-satunya sahaba yang malu kepadanya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:"Tiada seorang pun yang pernah mengahwini dua orang anak seorang Nabi sejak zaman Nabi Adam as selain Uthman. Beliau digelar Zu al-nur'ain(yang memiliki dua cahaya hati)."(Riwayat al- Baihaqi)

4. Ali bin Abu Talib
Sahabat,sepupu dan menantu Rasulullah SAW. Biarpun masih muda, pemikirannya dewasa, tubuhnya perkasa dan semangatnya waja. Beliau tigak teragak-agak mengorbankan dirinya demi Rasulullah. Rasulullah bersabda kepada Ali, maksudnya: "Kedudukanmu denganku seperti kedudukan Nabi Harun dengan Nabi Musa, tetapi tiada nabi  selepasku." (Riwayat Muslim)

5.Talhah bin Ubaidillah

Seorang saudagar yang berjaya. Namun dia keluar dari comfort zone dengan memeluk islam. Badannya yang suatu ketika dahulu mulus, kini tembus dengan cacahan pedang,tombak dan panah.

Baginda bersabda maksudnya:" Sesiapa yang mahu melihat syahid yang masih berjalan diatas muka bumi ini, tengoklah Talhah bin Ubaidillah. Setiap kali Abu Bakar teringatkan Uhud, beliau berkata: Hari itu keseluruhannya milik Talhah!."(Riwayat Ahmad)

6. Zubair bin al-'Awwam

Sahabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan daripada pelbagai arah.
-sepupu Nabi kerana ibunya kakak ayah Baginda
-anak saudara Nabi kerana Khadijah r.ha. ialah ibu saudaranya.
-biras Nabi kerana beristerikan Asma' binti Abu Bakar (kakak Aisyah)

7. Abu Ubaidah bin al-Jarrah

Dalam perang Badar, beliau terpaksa membunuh ayahnya yang tidak henti-henti menghalangnya. Lalu Allah menurunkan firmanNya,mahfumnya: "Engkau tidak akan mendapati orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat akan berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan RasulNya, walaupun mereka itu bapa, anak, saudara atau keluarga mereka. Merekalah orang yang Allah teguh iman di hati."
(Surah al-Mujadalah ayat 22)

8. Sa'ad bin Abi Waqqas

Beliau sangat mencintai ibunya, namun lebih mencintai Allah. Ibunya masih kafir dan mogok lapar untuk memaksa beliau kembali kufur. Beliau berkata dengan berat hati: " Sekalipun ibu ada seribu nyawa dan ditamatkan satu-persatu, saya tetap tidak akan tinggalkan agama ini."

Allah berfirman maksudnya: "Sekiranya ibu bapamu mendesakmu supaya syirik kepadaKu dengan sesuatu yang engkau tidak tahu, maka usah patuhi. Namun tetaplah bersahabat dengan mereka di dunia sebaik-baiknya." (Surah Luqman ayat 15)

9. Sa'id bin Zaid

Adik ipar kepada Umar al-Khattab. Beliau boleh dibanggakan dengan peristiwa dilanyak oleh Umar yang menjadi sebab keislaman Umar yang amat diharap-harapkan oleh Baginda. Sebelum memeluk islam, beliau telah dicemuh dan diseksa olah masyarakatnya kerana mempertikaikan budaya jahiliah.

10. Abdul Rahman bin 'Auf

Beliau hebat dalam perniagaan dan peperangan. Tidak ada satu peperangan besar bersama Rasulullah pun yang beliau terlepas. Bahkan operasi ketenteraan Islam dalam peperangan besar seperti Tabuk dapat digerakkan berkat pakej bantuan yang diberikannya. Beliau juga menanggung perbelanjaan hidup para isteri Baginda selepas kewafatan Baginda.


-261012-
usrah at library Unimap pauh :)