Saturday, July 30, 2011

Mutiara Kata dalam Bulan Ramadhan



Bismillahhirrahmanirrahim..


  • Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t..dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)


  • Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Adalah Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari. (Riwayat Muttfaq Alaihi)


  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)


  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.


  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"


  • Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"

  • Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya"


  • Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya (Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah)


  • Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa" (Riwayat Muslim)


  • Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)


  • Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)


  • Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)


  • Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)

  • Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa satu bulan cukup kecuali bulan Ramadhan dan saya juga tidak melihat Baginda s.a.w. berpuasa pada bulan lain lebih banyak dari bulan Syaaban" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

'' SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ''





Wednesday, July 20, 2011

Zinnirah..matamu jadi taruhan...



Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah bertemu lagi kita di hamparan maya ini..
Kali ini saya ingin berkongsi kisah srikandi Zinnirah..
Alhamdulillah saya dapat menyiapkannya juga..:)
Jadi tajuk post kali ini..'' Zinnirah..matamu jadi taruhan''
Kenapa dengan mata Zinnirah?? Apakah yang telah terjadi pada matanya??
Kalau anda bersemangat inkuiri ingin tahu..jom kita hayati kisahnya..:)
InsyaAllah kita akan dapat sesuatu apabila menghayatinya..


''Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi''


Begitulah serangkap lirik nasyid Zinnirah dari kumpulan Unic..bagi saya sungguh mendalam maksudnya pada potongan ayat '' Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi ''. Sebenarnya nama Srikandi Zinnirah ini jarang sekali disebut pada zamannya kerana dia bukan dari golongan wanita yang terkenal di dunia malah tidak mempunyai suatu apa pun. Tetapi Allah telah memuliakannya kerana pengorbanannya di jalan Allah..Hebat sungguh Zinnirah kerana selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi..


Kecintaannya kepada Islam


Zinnirah seorang wanita yang walaupun lemah pada zahirnya tetapi kuat rohaninya. Jiwa tauhid sudah sebati di dalam dirinya, tidak ada sesuatu pun yang dapat memesongkannya daripada Allah SWT. Dunia dan segala isi dalamnya bukan lagi buatnya malah sekalipun diberi emas sebesar Gunung Uhud dia tidak akan mempertaruhkan akidahnya. 




Antara terdahulu memeluk Islam


Menurut sesetengah riwayat, dia adalah di antara orang yang awal memeluk islam. Orang yang terdahulu memeluk islam, biasanya akan menerima seksaan dan penderitaan yang sangat pedih berbanding orang yang termudiaan. Zinnirah telah menerima penderitaan. Dia juga adalah wanita yang berbangsa Rom dan telah ditawan untuk di jual di Kota Makkah. Umar Al-Khattab yang ketika itu belum memeluk agama islam telah membelinya dengan harga yang amat murah dan menjadikannya hamba.

Penyebaran agama islam pada awalnya disampaikan secara tersembunyi dan Zinnirah pada ketika itu memeluk agama islam sangat khuatir jika pengislamannya diketahui Umar. Apa saja ibadah yang dilakukannya adalah ketika tiada sesiapa di dalam rumah ataupun ketika semua manusia lena dibuai mimpi. Di masa itulah, dia akan sujud menyembah Allah dengan penuh linangan air mata dan adakalanya dia menangis sehingga sedarkan dirinya.




Keislamannya diketahui Umar


Akhirnya..dengan perasaan yang marah membuak-buak, Umar terus berjumpa Zinnirah dan menyeksanya dengan seksaan yang amat pedih. Dia telah disepak, diterajang, kedua-dua kakinya diikat dan dibiarkan di bawah sinar mentari. Tubuhnya pula ditimpa dengan batu yang sangat berat. Tidak dapat digambarkan keadaannya ketika itu kerana pada waktu siangnya yang begitu terik dan malamnya pula amat sejuk.

Apa yang dialaminya tidak sedikit pun menjatuhkan akidahnya, malah lidahnya tidak henti-henti mengucapkan khalimah '' Allah, Allah, Allah, Allahu Akhbar, Allahlah yang Maha Besar ''. Di dalam sanubarinya berkata, '' Ya Allah! Ini adalah untukMu. Aku menerima kepayahan ini untuk kebahagiaanku di akhirat kelak. Berjihad adalah amat sukar dan tidak pernah sunyi daripada penderitaan dan kesengsaraan. Namun aku sedar untuk beroleh syurgaMu, aku harus melalui jalan berliku yang penuh duri ''. Itulah ucapan untuk mengubati segala kesakitan yang dialaminya.

Matamu jadi taruhan


Seksaan yang paling dahsyat dialaminya ialah ketika matanya ditusuk dengan besi tajam dan menyebabkan dirinya menjadi buta. Walaupun diseksa begitu berat, Zinnirah tetap memohon kepada Allah SWT untuk diberikan hidayah kepada orang yang menimpakan seksaan ke atasnya. Kecintaan Allah telah memberikan semangat dan kekuatan untuknya menanggung segala penderitaan yang dilaluinya.

Walaupun matanya telah buta dan tidak dapat melihat keindahan alam tetapi hatinaya tetap menyala dengan api cintanya terhadap agama. Setelah berlaku peristiwa ini, musuh-musuh Allah telah menyebarkan fitnah kononnya Tuhan mereka, Latta dan Uzza telah membutakan mata Zinnirah. Zinnirah telah menyangkal fitnah itu dan menerangkan kepada mereka bahawa apa yang berlaku adalah takdir Allah dan Allah sahaja yang dapat mengembalikan penglihatannya.

Apabila mendengar kata-kata itu, orang-orang kafir Makkah itu telah mencabarnya. Maka terjadilah persengketaan antara mereka. Zinnirah tetap pendiriannya bahawa Allah SWT telah mentakdirkannya buta disebabkan perbuatan Umar keatasnya. Kemudiaan turunlah ayat Al-Quran yang diutuskan melalui Rasulullah SAW menyanjungi sikap Zinnirah ini.


Umar sudah jemu


Kalau dalam bahasa kita, Umar naik jemu apabila melihat betapa teguhnya iman yang ditunjukkan oleh Zinnirah. Umar pun berhenti menyeksanya kerana dia merasakan tiada gunanya dia menyeksa Zinnirah.
Ini kerana semakin berat dia menyeksa Zinnirah semakin teguh iman Zinnirah kepada Allah SWT. Hebatnya Zinnirah....

Kebesaran Allah SWT


Zinnirah yang buta itu telah pulih penglihatannya. Matanya lebih jernih dan penglihatan lebih jelas dari sebelumnya. Allah telah memberikan nikmat yang tak terhingga kepadanya atas ketakwaannya. Kemudian Saidina Abu Bakar r.a telah membelinya dan memerdekakannya. Bebaslah dia dari kekejaman orang-orang kafir durjana.




Sesungguhnya penderitaan yang diterimanya itu tiada lain hanya menambah lagi rasa cintanya kepada
 Allah SWT. Dia semakin rindu untuk bertemu Allah SWT. Semakin banyak dia bersujud kepada 
Allah SWT, semakin deras air matanya membasahi tempat sembahyangnya. Dia semakin berani untuk berdepan dengan musuh-musuh Allah. Itulah Zinnirah, wanita yang mendapat pimpinan dan kasih sayang Allah..

Zinnirah..Matamu jadi taruhan demi Cinta pada Ilahi..



Tuesday, July 19, 2011

.::Wanita..biarlah malumu seperti Mimosa Pudica::.


Assalamualaikum wbt...


Terasa sudah lama tidak memberi santapan nestum rohani dan susu peringatan kepada baby Aisya Humaira ini..hehe..dah berapa kilo berat Aisya Humaira nie yer? tak timbang-timbang lagi..^^


Baiklah pada kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit dengan anda semua khususnya kepada kita kaum wanita..di mana kita kaum yang tinggi darjatnya kerana seorang wanita yang solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh..untuk mendapat perkongsian selanjutnya baca di sini
 keistimewaan wanita bhg 1 dan keistimewaan wanita bhg 2 . Jadi betapa istimewanya menjadi seorang wanita yang solehah:) semoga kita tergolong dalam kalangan ini..insyaAllah..


pokok malu-malu..(semalu)


Pokok semalu atau nama saintifiknya mimosa pudica ini ialah daunnya akan menguncup serta terkulai apabila disentuh sebabnya dia ingin melindungi dirinya daripada dirosakkan dan akan kembali kembang semula selepas beberapa minit..kita pun pernah kan bermain dengan pokok ini sewaktu zaman rebina dulu-dulu:) tapi pokok ini tajam dan sakit kalu terkena durinya.




Pokok semalu terkenal dengan sifatnya yang pemalu. Ia tidak akan membenarkan dirinya disentuh dan akan menguncup untuk menjaga keselamatan dan kehormatan dirinya. Malah apabila menjelang senja, pokok semalu akan menguncup sebagai isyarat kepada kaum wanita agar menjaga kehormatan diri tatkala mentari tenggelam. Pulang ke rumah serta pelihara aurat dan diri.



Nota:

(*_*) Semoga kita sama-sama dapat meladani sifat pokok semalu:) InsyaAllah..

(*_*) ‎Kita mestilah selalu bersangka baik kepada Allah..kerana rahmat Allah berdasarkan sangkaan seseorang itu..:)kata-kata seorang teman yang sangat saya sayangi dan kagumi..yang telah menbangkitkan saya kembali setelah terjatuh...jikalau teman saya terbaca coretan ringkas ini...ketahuilah bahawa diriku sangat bertuah memiliki teman sepertimu..terima kasih..terima kasih..semoga ukhuwah yang terjalin ini berkekalan dan diberkati..amin..

Tuesday, July 5, 2011

.::Ainul Mardhiah bidadari hiasan Syurga::.


Assalamualaikum wbt...


Kisah srikandi seterusnya ialah Ainul Mardhiah. Ainul Mardhiah yang bererti ''mata yang diredhai'' merupakan bidadari yang sangat rupawan dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain. Boleh diibaratkan seperti bidadari yang paling amat sangat tercantik :).Dia telah diciptakan Allah SWT untuk seorang pemuda yang berjihad dan mati syahid di jalan Allah SWT.



Dirimu Taruhan Berjuta Pemuda

Suatu pagi di dalam bulan Ramadhan, Rasulullah SAW telah memberi targhib (ucapan-ucapan sebagai penyuntik semangat) kepada sahabat-sahabat yang berjihad pada agama Allah SWT. Rasulullah SAW berkata sesiapa saja yang keluar berjihad di jalan Allah, kemudian dia mati syahid, maka dia akan dikurniakan bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga yang lain iaitu Ainul Mardhiah.

Apabila mendengar ucapan Rasulullah SAW itu, seorang pemuda ingin mengetahui bagaimana cantiknya bidadari yang disebutkan oleh Rasulullah SAW itu. Akan tetapi, pemuda itu merasa malu kepada sahabat-sahabatnya yang lain, dia agak keberatan untuk bertanyakan hal ini kepada Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun, dia tetap akan keluar berjihad bersama-sama Rasulullah SAW.


Bermimpi Bertemu Bidadari Ainul Mardhiah

Sebelum tiba waktu zohor, telah menjadi sunnah Rasulullah SAW untuk tidur sebentar. Maka pemuda tadi pun tidur bersama-sama jemaah yang lain. Di dalam tidurnya, pemuda itu telah bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi cantik dengan muka yang berseri-seri di suatu tempat yang sungguh indah. Pemuda itu pun bertanya, 

''Dimanakah aku sekarang?''

Lalu lelaki itu menjawab, 

''Inilah Syurga''

Kemudian pemuda itu menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Ainul Mardhiah. Lelaki itu pun menunjukkan ke suatu arah. Pemuda itu pun berjalanlah mengikut arah yang ditunjukkan itu. Sampai di sebatang pohon, dia bertemu dengan seorang wanita yang amat cantik. Pemuda itu tidak pernah melihat kecantikan seorang wanita seperti itu di dunia. Dia pun memberi salam lalu bertanya,

''Adakah kamu Ainul Mardhiah?''

Wanita itu pun menjawab, 

''Bukan. Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada dalam singgahsana''

Pemuda itu punberjalan dan memasuki mahligai yang cukup indah dan bertemu dengan seorang lagi wanita yang berganda-ganda cantiknya daripada wanita yang pertama tadi. Wanita itu sedang mengelap permata-permata hiasan dalam mahligai itu. Lalu pemuda itu memberi salam dan bertanya lagi, 

''Adakah kamu ini Ainul Mardhiah?''

Lalu wanita itu pun menjawab, 

''Bukan. Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana''

Pemuda itu pun menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kemudian sampai ke satu mahligai.


Penantian Ainul Mardhiah

Di situlah dia melihat seorang wanita yang berganda-ganda cantiknya dari wanita pertama dan berganda-ganda lagi cantik dari wanita kedua. Wanita itu pun berkata,

''Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku''

Pemuda itu cuba mendekati Ainul Mardhiah, namun Ainul Mardhiah berkata kepada pemuda itu, 

''Kamu tidak boleh mendekati diriku kerana kamu masih belum syahid lagi''.

Pemuda itu terserentak dan terjaga dari tidur. Dia telah menceritakan mimpinya kepada sahabatnya dan memesan tidak menceritakan mimpinya kepada Rasulullah SAW.


Takdir telah menentukan

Di sebelah petang. pemuda itu dan sahabat-sahabatnya telah keluar berjihad bersama Rasulullah SAW. Takdir telah menentukan pemuda itu telah mati syahid.

Ketika menantikan waktu berbuka puasa di masjid. Sahabat pemuda yang mati syahid itu bangun dan merapati Rasulullah SAW. Dia telah menceritakan kepada Rasulullah SAW perihal sahabatnya yang gugur syahid itu. Ketika sahabat itu sedang bercerita, Rasulullah SAW hanya menjawab, ''Benar''. Setelah sahabat itu selesai bercerita, Rasulullah SAW berkata kepadanya, 

''Memang benar apa yang kamu ceritakan tadi. Sahabatmu itu sedang menunggu untuk berbuka puasa di dalam syurga''.

Takdir Allah SWT telah menentukan pemuda yang gugur syahid itu milik bidadari hiasan syurga, Ainul Mardhiah...





Nota:

(*_*) Khadam itu dari segi maksud ialah orang suruhan atau pesuruh atau orang gaji iaitu mereka yang kita suruh atau arahkan untuk membuat sesuatu perkara..

(*_*) Bidadari hiasan syurga...pembakar semangat perwira...sebagai ganjaran para syuhada..







Monday, July 4, 2011

.::Kesetiaan Nai'lah tiada tandingan::.



Assalamualaikum wbt...



Keistimewaan Na'ilah

Na'ilah binti Al-Farafishah adalah wanita yang cukup cantik, tinggi lampai, berkulit cerah dan mempunyai nilai akhlak yang tinggi. Dia wanita yang petah berbicara, seorang sasterawan dan juga penyair. Keistimewaan Na'ilah ini disampaikan oleh Said bin Al-Ash kepada Khalifah Uthman bin Affan. Tanpa berlengah lagi Khalifah Utman telah mengutus surat kepada Said untuk memintanya meminang Na'ilah bagi pihaknya. Na'ilah sungguh setia dan taat kepada suaminya. Oleh kerana dia mempunyai pandangan dan pentadbiran yang baik, maka Khalifah Uthman sentiasa meminta pendapat dan pandangan darinya dan kemudiaan membandingkannya pula dengan pendapat dirinya sendiri.


Peristiwa pahit sepanjang hayatnya

Na'ilah mempunyai kedudukan istimewa di antara isteri-isteri Khalifah Uthman yang lain dan mendapat kedudukan yang lebih tinggi daripada muslimat yang lain. Pengaruhnya kekal sehingga ke zaman pemerintahan Bani Umaiyah. Namanya mula diperkatakan semenjak pembunuhan suaminya. Mulai saat itu pelbagai peristiwa pahit menghantuinya.

Semasa hayatnya bersama Khalifah Uthman, dia sangat ikhlas dan sentiasa berada di sisi suaminya di dalam segala hal. Malah dia telah mempertahankan keselamatan suaminya dengan jiwa raganya.


 Ketika Fitnah melanda

Ketika fitnah melanda dan rumahnya dikepong oleh pemberontak, dia kekal berada di sisi suaminya dan menahan segala pukulan pedang dengan tangan dan tubuhnya sebelum pukulan itu terkena suaminya. Ketika salah seorang pemberontak  sedang menghayunkan pedangnya untuk menyerang suaminya, serta merta dia telah menahan pedang itu dengan tangannya sehingga terputus jari-jarinya. Dia terus menjerit meminta tolong. Lalu  seorang pengawal Khalifah Uthman  bernama Rabah segera datang membantunya dan membunuh pemberontak itu. Namun apabila datang pemberontak kedua telah berjaya menusukkan pedang ke perut Khalifah Uthman dan membunuhnya.

Na'ilah mengejar pemberontak yang cuba melarikan diri itu sambil menjerit ''Amirul Mukminin dibunuh orang!Amirul Mukminin dibunuh orang!'' sedangkan ketika itu darah masih mengalir dari jari-jemarinya.


Mendahului jenazah suaminya

Selepas peristiwa pembunuhan Khalifah, tidak seorang pun yang berani untuk menguruskan dan memandikan jenazah Saidina Uthman Affan.

Sehinggalah Na'ilah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Hawatib bin Abdullah al- Uzza. Mereka juga tidak berani untuk mengebumikan jenazah beliau pada siang hari, akhirnya terpaksa dikebumikan antara waktu maghrib dan isyak, Nailah mendahului mereka dengan membawa lampu kecil untuk menerangi kegelapan malam.

Pertelingkahan terus berlaku

Peristiwa pembunuhan Khalifah inilah yang membawa kepada pertelingkahan dan perselisihan dua puak di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Justeru, ratusan ribuan nyawa umat Islam terkorban akibat dari peristiwa ini. Bagi mendamaikan antara puak ini, Na'ilah telah menghantar surat kepada Muawiyah yang berbunyi,

“Jika dua golongan dari kaum itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Sekiranya salah satu keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah mereka itu sehingga mereka kembali kepada Allah.” 

Surat tersebut dihantar bersama pakaian Khalifah yang telah koyak dan dipenuhi darah. Pada butang bajunya diikat janggut khalifah yang dicabut oleh Muhammad bin Abu Bakar. Beliau juga turut mengirimkan lima jarinya yang terpotong sebagai tanda telah berlaku pembelotan dan pembunuhan ke atas khalifah.


 Lamaran Muawiyah ditolak mentah-mentah

Selepas kewafatan suaminya. Nailah terus diselubungi kesedihan yang teramat sangat sehingga datang Muawiyah meminangnya. Tetapi pinangan tersebut ditolak mentah-mentah, untuk mengelakkan dirinya terus dipinang, dia telah mencabut dan mematahkan gigi supaya dia kelihatan begitu hodoh sekali. Walaupun Khalifah Uthman telah wafat, baginya tiada perkahwinan kedua dalam hidupnya. Na'ilah Al- Farafishah lambang peribadi mulia seorang srikandi Islam yang sanggup menggadaikan jiwa raganya demi mempertahankan suami tersayang dan Islam tercinta di zamannya.Dia telah mengatakan,

''Demi Allah, aku tidak akan membenarkan lelaki lain menjamahku, di tempat yang dijamah oleh Uthman sama sekali!''


Kata-kata tersebut adalah lambang kecintaan dan kesetiaannya kepada suami tercinta yang telah dibunuh di hadapan mata kepalanya sendiri.Na'ilah juga banyak menggubah syair dan sajak yang diabadikan untuk suaminya.




Nota:

(*_*) Begitulah kisah Na'ilah Al-Farafishah..baginya tiada perkahwinan ke-2 dalam hidupnya..srikandi setia buahati saidina Uthman B. Affan...

(*_*) Adakah kita boleh menjadi sepertinya? adakah suatu hari nanti daku bisa menjadi isteri yang taat sepertinya??oh..Nai'lah kesetiaanmu pada Saidina Uthman tiada tandingan...engkaulah hiasan sebaik permata..

Sunday, July 3, 2011

.::Selamat Datang Bulan Syaaban::.


Assalamualaikum wbt...

Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

Nisfu Syaaban



Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.
  • Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
  • Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
  • Bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.
Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:
“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)

Puasa Sunat di bulan Syaaban

Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)

1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmautdilepaskan kegelapan dalam kuburdilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkirditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)

Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w

Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

Bertaubat

Sangat digalakkan untuk mempernyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)

Sumber
.::Syukran secret whisper.net::.

Nota:

(*_*) Semoga kita dapat memperbanyakkan amalan yang baik di bulan Syaaban ini. Banyak kelebihan dan pahala dijanjikan Allah SWT kepada kita..InsyaAllah:)