Tuesday, April 9, 2013

Dari Dapur: Puding ice cream oreo :)

Yeay! dah cuti mid sem..tapi seminggu je
seminggu pom takpela asalkan dapat balik bertemu insan-insan tercinta dan dirindui..
Alhamdulillah :)

jadi
.
.
.
jom kita lepas gian duk dapur!! HEHE

Resepi ini teman saya bagi kat fb..beliau suruh cuba..saya pun dengan bersemangat cuba la sebab nak tahu rasa puding nie macam mana..Alhamdulillah sedapp..tetapi kalu anda cuba mesti lagi sedap..:)


Bahan-bahanya:

  • 25g agar2 bertali ( dipotong kecil2)
  • 1250ml air
  • 1 Tin susu cair
  • 1 cup Gula
  • 1 Sudu teh esen Vanila 
  • 1 Biji telur
  • 1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus)
  • 1 cup Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream) ** apa2 perasa ice cream pun boleh**

Cara membuat:


1. Masak Agar2 bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut.

2. Kemudian masukkan gula (boleh kurangkan) dan kacau hingga sebati.

3. Blendkan Telur, susu cair , Ice Cream, dan Esen Vanila. Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi. Kacau rata dan  akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar, kacau lagi biar sebati. dah sebati, tutup api.

4. Sediakan Loyang, Tuangkan adunan dan sejukkan dalam Freezer...dah siap!


Selamat Mencuba :)



Peringatan untuk bersama :)

C: Sebelum mula masak baca bismillah dahulu dan semasa kacau tu bayakkan berzikir..sebut Ya latif..Ya latif..semoga lembutlah hati kita dan insan-insan kita sayang..InsyaAllah :)

Saturday, March 2, 2013

Cantik disisi Allah..


Salam jumaat yang penuh barakah:) Saya mendapat mesej daripada seorang naqibah yang sangat saya sayangi..

Akhwat yang Cantik disisi ALLAH adalah :


 Melukis kekuatan daripada masalahnya..

 Tersenyum disaat tertekan..

 Tertawa disaat hati yang sedang menangis..

 Tabah disaat terhina..

 Mempersona kerana memaafkan..

 Mengasihi tanpa meminta balas..

 Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Illahi..



Semalam nak post dah tapi tak sempat sebab insan-insan tercinta dah sampai perlis:) Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah! seminggu lebih nikmat sihat ditarik oleh Allah dan semalam Dia hadirkan kebahagiaan dihati ini Allah itu Maha Adil..Walaupun Dia telah menarik satu nikmat tetapi Dia akan mengantikan dengan nikmat yang lain pula..yakinlah! sabar..tabah..positifkan minda..senyum and says Alhamdulillah selalu :)

Abi dan Ummi..
Terima kasih untuk segala-galanya..
Semoga Allah merahmati dan meredhai kehidupan abi dan ummi..
Anakanda tidak mampu membalas apa-apa tetapi semoga ganjaran pahala dan syurga lah yang layak untukmu..

Ya Allah, inginku menjadi seorang anak yang solehah buat mereka..tetapi jauhnya hambaMu ini dariMu..Ampunilah segala dosa-dosaku ini..dosa kedua-dua ibubapaku..kasihanilah mereka Ya Allah..Ya Alim..Ya Mujib..Selamatkanlah keturunan kami daripada segala azab dan seksaanMu..Lindungilah kami di dunia ini dan lebih-lebih lagi di akhirat nanti..

Ingin sekali diri ini berubah ke jalan yang lebih baik..ku yakin Allah itu Maha Mendengar..Maha Mengetahui segala isi hatiku.. InsyaAllah suatu hari nanti masanya akan tiba:) Jagalah hati kami Ya Allah..Peganglah lah ia..



Pagi tadi, ayah dan mak nak g umah famili angkat saya kat perlis nie:) dapat jumpa nana yang semakin sihat! Alhamdulillah..rindu mereka..tapi nana malu-malu..lama-lama cikit dia pun datang duk dekat..yeay!! semoga ikatan silaturrahim ini berkekalan selamanya:)..amin Ya Allah..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Terima Kasih atas pinjaman nikmat ini Ya Allah..Subhanallah.




Friday, January 25, 2013

Dari Dapur: Kuih Siput :)


Bismillahhirrahmanirrahim..

Hari ni nak tulis resepi kuih siput kecik-kecik comey lotey! :) Alhamdulillah dah 2 kali dah buat kuih ni dan hasil kedua-duanya menjadi :) Alhamdulillah,ilmu yang baru. Resepi ni dapat daripada mak sedara saya yang tersayang! cuda ^_^. Saya rasa kene buat 2 orang sekurang-kurangnya kalu edok patah tulang belakang dibuatnye..hee kalau nanti suami tolong isteri lagi sweet macam coklat hacks ^_^

Bahan-bahannya:

  • 1 kg tepung gandum diayak
  • 1 1/2 cawan air (ikut kesesuaian)
  • Secubit garam
  • 1 1/2 cawan gula yang dikisar
  • 1 buttercup mentega
  • Sedikit esen vanila
  • Acuan kuih siput

Cara-caranya:

1. Mula-mula mulakan dengan 'Bismillah' :) Masukkan 1 buttercup mentega dan 1 1/2 cawan gula yang dikisar itu ke dalam mangkuk adunan. Kacau hingga sebati dan kembang.


2. Masukkan secubit garam  dan sedikit esen vanila. Kacau lagi.

3. Masukkan 1 kg tepung gandum yang telah diayak itu sedikit demi sedikit.

4. Kemudian, masukkan 1 1/2 cawan air (bersesuaian dengan doh) sedikit demi sedikit. Uli doh tersebut. Apabila sudah sebati doh itu rehatkan doh itu sekejap. hee ~doh pom kne rehat jgak :)



5. Seterusnya, skill ini kene cuba-cuba jaya untuk jadikan siput :) sebab yang ini kita guna acuan dia.

Inilah acuan kuih siput. Kat kedai jual barang-barang plastik insyaAllah ada 

Cara dia mula-mula kene tenyeh lepastu golek-golek hujung dia :)


6. Terakhir sekali, panaskan kuali. Apabila minyak dah panas berendam-rendam la siput-siput tersebut :) Kalau dah nampak kekuningan dah boleh angkat.

Dah boleh makan ^_^ oishi..

~Selamat Mencuba!, Selamat Maju Jaya~


Sharing is caring..Saja-saja nak tulis tiada niat lain..mana tahu 5 tahun akan datang kalau umur masih panjang saya nak buat lagi siput-siput..saya akan rujuk resepi ini semula.masa tu saya dah lupa dah kalau dah lama tak praktis :)

Nak kongsi mutiara berharga..

Seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca 'Bismillah', maka rezekinya akan diberkati oleh Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Fatimah,untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka. Jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi".

Subhanallah! beruntungkan kita menjadi seorang wanita :)
Alhamdulillah..