Monday, November 12, 2012

Dari Dapur: Kek Coklat Kukus :)


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah setelah seminggu cuti mid sem 2 minggu lepas, minggu ini dapat cuti seminggu lagi! :) Kalau duk rumah memang suka main masak-masak tapi satu je pantang larang xleh ada orang tengok saya masak. Kalau tak, tungang langang jadinya..haha ^_^ saya masih lagi belajar dan akan terus belajar, masak  biasa-biasa boleh lah. hehe Tak sampai tahap masterchef tu lagi. InsyaAllah suatu hari nanti untuk baitul muslimku, nak sediakan santapan hari-harian daripada air tangan sendiri, berselawat dan bertawakal sebagai penambah perisanya :)

Nak berkongsi resepi Kek Coklat Kukus dan ini resepinya :)

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan gula (boleh dikurangkan)
  • 2 biji telor
  • 1 cawan air sejuk
  • 1 cawan susu pekat manis(boleh dikurangkan)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan koko
  • aluminium foil
Cara-caranya:

1. Masukkan 1 cawan gula dan 2 biji telor dan pukul sehingga kembang.

2. Kacau 1 cawan air sejuk, 1 cawan susu pekat dan 1 cawan minyak masak dalam bekas yang asing.

3. Dari nombor 1, masukkan 1 1/2 cawan tepung gandum, 1 sudu teh soda bikarbonat, 1 cawan koko dan  campurkan dengan nombor 2, gaul sehingga rata.

4. Tutup menggunakan aluminium foil supaya wap air tak masuk dan kek tak pecah. Kukus dalam 1 jam :)


sebelum kukus..gambar nie nampak kurang menarik..haha kek hitam ^^

Sebelum kukus,tutup dengan aluminium foil :)

Tadaa! dah boleh makan..baca bismillah dulu yep..tahu lh nampak sedap..hehe :p


resepi kek coklat kukus ini saya dapat daripada seorang my cousemate,classmate,groupmate,housemate and roommate! iaitu:

Nabilah binti Yahya :)

terima kasih bila dan terima kasih untuk ummi bila jg :)
Sayang awak Fillah ♥


10 Sahabat dijanjikan Syurga

Bismillahhirramanirrahim..


1. Abu Bakar al-Siddiq
    
Sahabat Rasulullah SAW yang paling rapat merangkap bapa mertua baginda SAW. Sabda Rasulullah    SAW yang bermaksud:"Orang yang sanggup berkorban harta dan dirinya kerana aku ialah Abu Bakar. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasih, aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku. Tetapi beliau merupakan saudaraku dalam islam." (Riwayat Muslim)

2. Umar al-Khattab
Pengislamannya benar-benar memberi nafas baru kepada islam. Merupakan sahabat kedua yang paling dicintai Rasulullah SAW juga merangkap mertua baginda.

3. Uthman bin 'Affan
Sayangnya baginda kepada beliau sehingga mengahwinkan dua orang puterinya kepada beliau. Beliau adalah satu-satunya sahaba yang malu kepadanya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:"Tiada seorang pun yang pernah mengahwini dua orang anak seorang Nabi sejak zaman Nabi Adam as selain Uthman. Beliau digelar Zu al-nur'ain(yang memiliki dua cahaya hati)."(Riwayat al- Baihaqi)

4. Ali bin Abu Talib
Sahabat,sepupu dan menantu Rasulullah SAW. Biarpun masih muda, pemikirannya dewasa, tubuhnya perkasa dan semangatnya waja. Beliau tigak teragak-agak mengorbankan dirinya demi Rasulullah. Rasulullah bersabda kepada Ali, maksudnya: "Kedudukanmu denganku seperti kedudukan Nabi Harun dengan Nabi Musa, tetapi tiada nabi  selepasku." (Riwayat Muslim)

5.Talhah bin Ubaidillah

Seorang saudagar yang berjaya. Namun dia keluar dari comfort zone dengan memeluk islam. Badannya yang suatu ketika dahulu mulus, kini tembus dengan cacahan pedang,tombak dan panah.

Baginda bersabda maksudnya:" Sesiapa yang mahu melihat syahid yang masih berjalan diatas muka bumi ini, tengoklah Talhah bin Ubaidillah. Setiap kali Abu Bakar teringatkan Uhud, beliau berkata: Hari itu keseluruhannya milik Talhah!."(Riwayat Ahmad)

6. Zubair bin al-'Awwam

Sahabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan daripada pelbagai arah.
-sepupu Nabi kerana ibunya kakak ayah Baginda
-anak saudara Nabi kerana Khadijah r.ha. ialah ibu saudaranya.
-biras Nabi kerana beristerikan Asma' binti Abu Bakar (kakak Aisyah)

7. Abu Ubaidah bin al-Jarrah

Dalam perang Badar, beliau terpaksa membunuh ayahnya yang tidak henti-henti menghalangnya. Lalu Allah menurunkan firmanNya,mahfumnya: "Engkau tidak akan mendapati orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat akan berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan RasulNya, walaupun mereka itu bapa, anak, saudara atau keluarga mereka. Merekalah orang yang Allah teguh iman di hati."
(Surah al-Mujadalah ayat 22)

8. Sa'ad bin Abi Waqqas

Beliau sangat mencintai ibunya, namun lebih mencintai Allah. Ibunya masih kafir dan mogok lapar untuk memaksa beliau kembali kufur. Beliau berkata dengan berat hati: " Sekalipun ibu ada seribu nyawa dan ditamatkan satu-persatu, saya tetap tidak akan tinggalkan agama ini."

Allah berfirman maksudnya: "Sekiranya ibu bapamu mendesakmu supaya syirik kepadaKu dengan sesuatu yang engkau tidak tahu, maka usah patuhi. Namun tetaplah bersahabat dengan mereka di dunia sebaik-baiknya." (Surah Luqman ayat 15)

9. Sa'id bin Zaid

Adik ipar kepada Umar al-Khattab. Beliau boleh dibanggakan dengan peristiwa dilanyak oleh Umar yang menjadi sebab keislaman Umar yang amat diharap-harapkan oleh Baginda. Sebelum memeluk islam, beliau telah dicemuh dan diseksa olah masyarakatnya kerana mempertikaikan budaya jahiliah.

10. Abdul Rahman bin 'Auf

Beliau hebat dalam perniagaan dan peperangan. Tidak ada satu peperangan besar bersama Rasulullah pun yang beliau terlepas. Bahkan operasi ketenteraan Islam dalam peperangan besar seperti Tabuk dapat digerakkan berkat pakej bantuan yang diberikannya. Beliau juga menanggung perbelanjaan hidup para isteri Baginda selepas kewafatan Baginda.


-261012-
usrah at library Unimap pauh :)

Saturday, October 13, 2012

Ucaplah ''InsyaAllah'' :)

Assalamualaikum wbt..


Sempena hari jumaat iaitu perayaan kecil untuk kita sebagai umat islam, saya nak berkongsi 2 potong ayat daripada Surah Al-kahfi ayat 23-24:

"Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, ''Aku pasti melakukan itu besok pagi," kecuali (dengan mengatakan)"InsyaAllah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini."


Alhamdulillah, sebernanya inilah penawar untuk hati kita bila kita menghayati daripada tafsir Al-quran ini. Semuanya sudah diceritakan cuma tinggal kemahuaan kita sahaja untuk mendalaminya :) mungkin kita tak biasa meluangkan masa sekejap mendalaminya tetapi lama-kelamaan kita jadi jatuh cinta dengan ayat-ayat cinta dari Allah ini sebab dulu pun saya begitu..Alhamdulillah Allah sayangkan saya untuk gerakkan hati ini.


:) Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini..insyaAllah

:) Alhamdulillah baru siap assignment circuit:) dan minggu depan 5 test yang menanti huhu..InsyaAllah semoga Allah memberi kekuatan untuk tempuhi dengan baik kepada saya dan sahabat2..amin good luck!gambate!!senyum selalu ^___^

Saturday, May 5, 2012

Bila Allah Menduga Kita..


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..bila sudah masuk sem 2,saya amat sangat memerlukan motivasi diri yang tersangat tinggi. Kata- kata penguat itu dah melambangkan perjuangan kali ini lebih mencabar daripada sem 1.Ya Allah, dalam doa air mata ini sungguh murah..sebelum tidur pom air mata ini lagi murah bila saya muhasabah diri semula..saya berkata Ya Allah Engkau lebih Mengetahui,hambaMu ini sangat lemah.HambaMu ini tak mampu..tak berdaya nak melalui hari-hari mendatang tanpa pertolonganMu. Sungguh, saya hanyalah insan yang biasa yang mana hidup kita tak lari daripada ujian nikmat mahupun dugaan. Bila ujian nikmat Allah kurniakan, saya bersyukur atas rezeki ini tetapi saya berharap semoga Allah selalu menjaga hati saya daripada sifat-sifat mazmumah dan apabila Allah menguji saya dengan dugaan, saya bimbang saya tidak boleh bersabar, tabah mengharunginya dan kuat dari segi rohani,mental dan fizikal. Waktu ini dan seterusnya hingga akhir hayat saya, hanya satu saya mengharapkan semoga Allah bersama saya dan saya yakin Dia Maha Mendengar.

Saya hanya ingin berkongsi dengan anda semua tentang apa yang saya perolehi apabila membaca sebuah buku ini. Buku ini sangat sangat saya sayang sebab seorang sahabat telah menghadiahkan buku ini kepada saya:)Alhamdulillah.Buku ini hadir tepat pada masanya kerana sesuai dengan situasi yang saya alami sekarang.Terima Kasih sahabat!Sayang Izzati Fillah :)


Contohnya, saya bagi satu situasi yang selalu kita alami sebagai seorang pelajar. Sebagai seorang pelajar,kita menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak untuk belajar bersungguh-sungguh demi mengembirakan hati  dan membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita disamping menjadi penyejuk hati mereka. Kita tahu belajar itu satu jihad sebab kita sedang berjuang bersungguh-sungguh untuk memperoleh ilmu sesuatu bidang tersebut. Tetapi bila tiba time exam,quiz atau sebagainya..kita tidak peroleh markah seperti kita inginkan. Lepastu mula la kita kita sedih,frust,tension dan sebagainya. Dimanakah silapnya kita?sedangkan kita dah study semua benda dah.

Jadi mari kita betulkan semula niat kita, kita study..jawab exam..jawab quiz kerana siapa? Ya kerana Allah..insyaAllah saya berpesan kepada diri saya juga semoga sebelum kita nak melakukan sesuatu kita mesti perbaharui niat kita. Kita hidup pom nak cari redha Allah jgk kan:) Daripada buku ini, seseorang yang memahami tentang kekuasaan Allah dalam menetapkan segala sesuatu serta perintahNya pada manusia supaya selalu berusaha,maka dia akan berasa tenang dalam hidupnya. Dia akan berasa tenang kerana mengetahui bahawa dia hanya diperintahkan untuk bekerja serta berusaha dan dia tidak diperintahkan untuk memastikan hasilnya. Saya sangat suka ayat tersebut, betul kan kita hanya perlu berusaha sahaja kemudiaan apabila sudah berusaha kita bertawakal disamping berdoa. Sebab selepas itu semuanya urusan Allah yang mentakdirkan sesuatu untuk kita dan Allah tak akan menzalimi hambaNya. Jadi jika apa saja yang kita usahakan belum berhasil, tidak perlu lagi kita sedih dari kegagalan tersebut kerana kita sudah usaha dan bukan usaha kita jadi penentu sebaliknya Allah yang Maha Menetukan.Subhanallah..Yang penting kita terus istiqamah dalam amal dan usaha tersebut.


Oleh itu,kita tidak perlu ragu untuk bertawakal dan menyerahkan segala kesudahannya hanya kepada Allah. InsyaAllah pilihanNya jauh lebih baik dan lebih bermanfaat daripada pilihan kita..Amin..jom kita sebarkan bahagia^^..duhai hatiku..jangan sedih-sedih lagi..kalau sedih..baca motivasi nie lagi ye:p..kadang-kadang saya suka berkongsi dengan teman saya selain mak saya,bila saya bercerita..kesudahannya mesti teman saya cakap itu belum rezeki kita lagi..kita usaha lagi..sebab kita tengah usahakan benda yang baik..InsyaAllah Allah akan memakbulkan doa kita..yang penting kita kena yakin kekuasaanNya..Alhamdulillah...terima kasih temanku..:)


Thursday, March 22, 2012

Dari Dapur:Murtabak Sardin Cream Crackers :)


Assalamualaikum wbt..

Hujung minggu yang lalu, saya berkesempatan bercuti di rumah family angkat di perlis ini. Bagi yang belum tahu, family angkat ini saya terima dari program bakti siswa dari sem yang lepas.Alhamdulillah ukhuwah ini masih lagi kuat dan semoga ia berkekalan buat selama-lamanya^^.InsyaAllah. Di sana,sungguh seronok sebab boleh maen dengan aina!:p seronok dapat jumpa mereka kembali setelah lama bercuti. Alhamdulillah semuanya sihat-sihat dan comel-comel belaka. Sebagai hadiah dan tanda ingtan dari family saya buat mereka, saya telah membawa 2 paket keropok keping yang belum digoreng kepada mereka. Mama, bapak dan adik-adik cakap, sedap! sempat lagi saya mempromote suruh cuti-cuti di Terengganu nanti :)

Jadi, sekarang saya sekadar ingin berkongsi dengan anda semua tentang resepi murtabak sardin cream crakers yang telah selamat diajar oleh mama. Alhamdulillah.Terima kasih mama. Mama cakap mama pun tengok dari internet juga :) Sedap ke murtabak nie?. Kalau nak tahu sangat sedap rasa macam murtabak yang kita beli kat pasar malam tu la, cuma murtabak ini menggunakan  biskut cream crackers. Apabila murtabak dah sedia dimakan, tak rasa pun biskut tu cuma rasa sedap aje :) Kalau bab makan semuanya sedap :)

Jom kita lihat resepinya :)


Bahan-bahan Untuk Inti

  • 2 tin kecil sardin
  • 1 biji bawang besar -didadu
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 1 sudu besar cili kisar
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 bj limau kasturi- amik jus  

Bahan-bahan Untuk Topping
  • Biskut Cream Crackers secukupnya
  • Santan(boleh juga menggunakan 1 tin susu cair)


Cara-cara Untuk Inti


1. Tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & Kacau hingga naik bau.

2. Masukkan bawang besar yang didadu.

3. Masukkan sardin, hancur-hancurkan sardin dengan menggunakan sudip.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan jus limau kasturi.


Cara-cara Untuk Melapis Murtabak


1. Seelok-eloknya gunakan loyang segiempat tepat.

2. Celup biskut kedalam santan (mama menggunakan santan,kalau nak gantikan santan dengan susu cair pun boleh). Tak perlu sampai biskut tu kembang, cukup terendam sahaja dan susun biskut 2 keping-2 keping ke dalam dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain sehingga memenuhi permukaan loyang.

3. Ambil sesenduk adunan inti sardin tadi dan ratakan diatas permukaan biskut.

4. Kemudian, ulangkan cara 2 dan 3 yang sama untuk mendapatkan beberapa lapisan lagi.

5. Bakar di dalam oven pada suhu 150 C selama 45 minit atau sehingga perang :)


Biskut yang disusun di dalam loyang.
Siap sedia untuk dibakar :)


Aisyah..inilah kakak aina :)
comey sungguh aina..akak doakan semoga aina menjadi puteri 
yang solehah kepada mama dan bapak.amin..
*masa ini ajar aina ambil surat dan bagi kepada mama :)
aina..nanti kita maen same2 lagi yep ..
tunggu kaktak (aina panggil) datang oke?
^__^








Friday, March 9, 2012

♥Cinta Ummu ad-Darda' yang sweet♥

Assalamualaikum wbt..

Luqman bin ‘Amir menceritakan bahawa Ummu ad-Darda’ pernah berkata, “Ya Allah, sesungguhnya Abu ad-Darda’ telah melamarku, maka ia pun menikahiku di dunia. Ya Allah aku memohon kepadaMu agar Engkau menikahkanku dengannya di syurga.


Abu ad-Darda berkata kepadanya, “Jika Engkau menginginkan hal tersebut, dan Aku meninggal dunia lebih dulu darimu, maka janganlah engkau menikah lagi dengan lelaki lain.” 


Luqman berkata, “Ternyata Abu ad-Darda’ meninggal lebih dulu dan meninggalkan dua orang anak untuk Ummu ad-Darda’, mereka berdua adalah Jamal dan Hasan. Kemudian Mu’awiyah datang melamarnya.”Maka Ummu ad-Darda’ berkata, “Tidak. Demi Allah, saya tidak akan menikah dengan lelaki-lelaki lain di dunia sampai saya menikah dengan Abu ad-Darda’ di syurga kelak – insyaAllah - .”
(Jawahir Shifatush Shafwah)

 Sweetnye kisah cinta Abu ad-Darda' dan Ummu ad-Darda' :) Mencintainya yang satu kerana Allah sehingga ke syurga nanti. InsyaAllah.

 Walaupun mungkin kita tidak dapat bersama di dunia ini, tetapi kita akan bersama di syurga nanti :) InsyaAllah. Setia menanti dirinya. Ya Allah.. Ya Alim.. Ya Mujib.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati 
(Surah Luqman ayat 23)

Sunday, January 29, 2012

Dari Dapur:Nasi Ayam Bonda :)


Assalamualaikum wbt..

Sejak balik dari cuti sem baru-baru ini, sudah 3 kali kami sekeluarga makan nasi ayam:) Alhamdulillah. Hal ini disebabkan abg cik suka sangat makan nasi ayam. Kalau dia makan 3 pinggan baru dia mengaku kalah sebab dah kenyang :) Jom berkongsi tengok resepi bonda saya.

Bahan-bahan :
  • ayam
  • beras
  • bawang merah
  • halia
  • bawang putih
  • sup bunjut
  • cili masak
  • sedikit kicap manis dan masin
  • sedikit sos cili dan tomato
  • daun sup
  • 2 helai daun pandan disimpulkan
  • planta
  • ubi kentang


Bahan-bahan sampingan :
  • Tomato
  • Timun
  • Daun salad


Cara-cara :

Rebus Ayam

  • Rebus ayam bersama halia dan bawang putih yang ditumbuk sehingga masak. Waktu ini,garam tak perlu letak lagi.

  • Setelah masak, toskan ayam dan perap bersama kicap manis dan kicap masin. Air rebusannya jangan dibuang.

Masak Nasi

  • Masukkan hirisan halia, bawang merah dan bawang putih, daun pandan yang telah disimpulkan dan planta ke dalam kuali dan goreng sehingga naik wangi.

  • Seterusnya, masukkan beras yang telah dibasuh ke dalam kuali dan goreng bersama bahan-bahan tersebut. Setelah beras sebati, tutupkan api dapur dan masukkan kedalam periuk nasi elektrik.

  • Masukkan air rebusan ayam tadi sehingga beras tenggelam sedikit. Letakkan garam secukup rasa dan biarkan masak. (kuantiti air rebusan ayam juga bergantung pada jenis beras yang digunakan)

Goreng Ayam

  • Ayam yang telah diperap kemudiannya digoreng. Tidak perlu goreng terlalu lama sebab ayam itu dah masak. Dah nampak gelap sedikit, angkatlah.

  • Lebihan kicap hasil perapan ayam tadi boleh digunakan sebagai kicap untuk makan bersama nasi ayam nanti.

Sup

  • Untuk kuah sup, gunakan baki air rebusan ayam tadi dan tambah sedikit air. Masukkan sup bunjut, ubi kentang dan garam secukup rasa. Setelah masak, masukkan daun sup untuk menyedap dan mewangikannya.

Sos cili

  • Untuk sos cilinya pula, blend cili masak bersama 1 ulas bawang putih dan sedikit air masak hingga hancur. Kemudian, kacau bersama-sama sedikit sos cili dan sos tomato, letakkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  • Setelah siap semua, bolehlah makan bersama-sama salad, timun dan tomato.

Tadaaa!! Inilah Nasi Ayam Bonda:) Ayah cakap dekat pasar timun dah habis.
 It's okey ayah! ini pun dah cukup :)

Kuah Sup

Dadih sebagai pencuci mulut. Ini kalau jual dekat U laku x?.hee
Saya buat dadih perisa jagung dan manggo :)
Mak tanya, air apa nie? Air dadih ke? Warna sama je.
Mak, Inilah air sunquick yang dicampur dengan susu pekat manis.
Rasanya macam air yogurt dah.Awesome! Teman saya cakap sedap.
 Balik rumah, bila teringat teruslah saya buat eksperimen :)

✿ Kelainan nasi ayam ini, berasnya digoreng terlebih dahulu bersama-sama bahan lain dan mak juga tak letak pewarna kuning dan hanya menggunakan planta :)

✿ Sharing is caring ^_^




Thursday, January 19, 2012

Dari Dapur:Jemput Pisang.

Assalamualaikum wbt..

Sebernanya semua orang tahu nak buat jemput pisang :) Tetapi saya seronok main tulis resepi-resepi ini. Suatu hari nanti, jikalau saya melihat semula resepi jemput pisang ini, tentu akan tersenyum sendirian. Biarlah ia menjadi pahatan memori  dalam usaha saya menyediakan makan dan minum petang untuk family saya.^__^. (praktis nak jadi bini orang).Ishk, berangan lagi..


Bahan-bahan:

  • Tepung gandum
  • Pisang
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu cair


Cara-cara: 




    1.  Masukkan  pisang ,garam, gula, 1 sudu teh baking powder dan 1 biji telur ke dalam mangkuk adunan. Kemudian, penyekkan pisang itu bersama bahan-bahan tersebut sehingga adunan sebati.


    2.  Seterusnya, masukkan  ½  cawan susu cair dan tepung gandum secukup rasa :)



     3.  Biarkan adunan itu 30 minit.

    4. Goreng jemput pisang itu menggunakan api yang sederhana kuat sahaja. Selepas itu, balik-balik dalam kuali, kalau sudah masak, anda boleh angkat dan makan! :)


    Bagi adunan rehat selama 30 minit ^^


    Jemput Pisang ke nie?? ^^
    *Tips
    Ikuti perbualan ini..

    Saya: Mak, kenapa jemput ini tak macam mak buat? (macam bulat getel,gebu dan sebagainya..Sebab jemput saya ini macam lempeng dah!..aiyaa)

    Mak: Sebab api dapur tu slow sangat kot.

    Saya pun kuatkan sedikit api dapur. Apabila saya goreng jemput yang baru,terus jemput kali ini mengembang dan nyuk..nyuk bila tekan..hee..gumbiraa ^^

    Jadi api dapur tak leh pelan sangat dan kuat sangat.Kena sederhana sahaja :) Alhamdulillah, dapat belajar satu perkara yang baru.

    Sedang saya sakan menggoreng, saya telah diperhatikan oleh dua orang pengadil iaitu Mak dan Abg Cik. Mak cakap jemput ini ada kaki, ada tangan dan ada ekor lah! hehe..Abg Cik pula cakap, guane nak jadi masterchef nie..lama kebeno masak~aiyaa..^_^





    Monday, January 16, 2012

    Dari Dapur:Kek Gula Hangus.


    Assalamualaikum wbt..

    Alhamdulillah..jom kita masuk dapur n_n..Kali ini saya ingin kongsikan sesuatu yang baru untuk saya. Saya sudah mencubanya tetapi hasil untuk kali pertama belum memuaskan lagi..:) InsyaAllah nanti saya akan cuba lagi.

    1. Masak
    • Gula 1 cawan.
    • Air panas 1 cawan.

    Cara-cara:
    Masak gula sehingga warna perang. Kemudian masukkan 1 cawan air panas bagi mengelakkan gula yang masak itu likat. Api jgn kuat sangat :)

    Gula yang masak tadi berwarna perang dan tak likat (cair)
         

    2. Blander

    • 2 biji telur
    • 1 sudu teh soda bikarbonat
    • ½  cawan susu pekat manis
    • ½  cawan minyak masak
    • 2 cawan tepung gandum

    Cara-cara:
    Masukkan semua bahan di atas dan gula yang dimasak tadi ke dalam blander. Kemudian blander sampai semua sebati.

    3. Panaskan Loyang dahulu.

    4. Masukkan hasil blander tadi ke dalam Loyang. Kukus kek sehingga 45 minit

    5. Nak tahu kek tu masak ke tak lagi. Ambil hujung sudu, cocok la kek tu. Kalau tak melekat dekat hujung sudu,maknanya dah masak dan boleh makan! n_n

    Dah masak.

    Tadaa..!! inilah hasilnya:)

                                               ~Selamat Mencuba kawan-kawan~..Sharing is caring :)

     ('',) Resepi kek ini saya dapat dan belajar daripada Mama..Family angkat saya di Perlis:) Alhamdulillah..

    peminat setia kek nie_aina! ^^