Tuesday, April 9, 2013

Dari Dapur: Puding ice cream oreo :)

Yeay! dah cuti mid sem..tapi seminggu je
seminggu pom takpela asalkan dapat balik bertemu insan-insan tercinta dan dirindui..
Alhamdulillah :)

jadi
.
.
.
jom kita lepas gian duk dapur!! HEHE

Resepi ini teman saya bagi kat fb..beliau suruh cuba..saya pun dengan bersemangat cuba la sebab nak tahu rasa puding nie macam mana..Alhamdulillah sedapp..tetapi kalu anda cuba mesti lagi sedap..:)


Bahan-bahanya:

  • 25g agar2 bertali ( dipotong kecil2)
  • 1250ml air
  • 1 Tin susu cair
  • 1 cup Gula
  • 1 Sudu teh esen Vanila 
  • 1 Biji telur
  • 1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus)
  • 1 cup Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream) ** apa2 perasa ice cream pun boleh**

Cara membuat:


1. Masak Agar2 bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut.

2. Kemudian masukkan gula (boleh kurangkan) dan kacau hingga sebati.

3. Blendkan Telur, susu cair , Ice Cream, dan Esen Vanila. Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi. Kacau rata dan  akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar, kacau lagi biar sebati. dah sebati, tutup api.

4. Sediakan Loyang, Tuangkan adunan dan sejukkan dalam Freezer...dah siap!


Selamat Mencuba :)



Peringatan untuk bersama :)

C: Sebelum mula masak baca bismillah dahulu dan semasa kacau tu bayakkan berzikir..sebut Ya latif..Ya latif..semoga lembutlah hati kita dan insan-insan kita sayang..InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment