Thursday, June 23, 2011

.::Haruman Masyitah::.

Assalamualaikum wbt..


"Siapakah yang dapat melupakan haruman Masyitah, wanggian dari minyak yang panas mendidih, menyambut pengorbanan Masyitah dan keluarganya,sebelum menyambut wanggian Syurga"



Jom cucu-cucu baca nenek tulis perkongsian mengenai kisah bidadari Masyitah ini:)

Siapakah Masyitah dan suaminya?


Keluarga Masyitah dan suaminya,(Hazaqil) merupakan mereka yang beriman dengan dakwah dan seruan Nabi Musa a.s. Mereka amat taat dan beriman kepada Allah SWT.Hazaqil ialah salah seorang pegawai yang amat dipercayai oleh Firaun dan Masyitah pula mrupakan  penyisit rambut anak Firaun. Namun mereka berjaya merahsiakan ketaatan mereka terhadap Allah SWT tanpa dari pengetahuan Firaun.

Kematian suaminya.


Suatu hari telah berlaku pendebatan yang sangat hebat di antara Firaun dengan Hazaqil. Ketika Firaun sedang menjatuhkan hukuman mati keatas seorang ahli sihir yang menyatakan keimanannya kepada Allah SWT dan Hazaqil telah menentang dengan keras. Lantas Firaun yang kejam ini telah menjatuhkan hukaman mati keatas Hazaqil. Hazaqil mati dalam keadaan tangan yang terikat pada pohon kurma dan tubuhnya penuh ditembusi anak panah. Isterinya, Masyitah amat sedih dengan kematian suaminya yang tercinta itu.

Episod kedukaan Masyitah bermula.


Masyitah telah kehilangan tempat mengadu nasibya selama ini. Hanya anak-anaknya yang masih kecil menjadi tempat dia mencurahkan rasa. Suatu hari, Masyitah mengadu nasibnya kepada Asiah. Di akhir perbualan mereka, Asiah menceritakan keadaan dirinya yang sebenar, bahawa diapun menyembunyi ketaatannya dari Firaun. Barulah mereka menyedari bahawa mereka sama-sama beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa a.s.

Ketaatannya kepada Allah SWT terbongkar.


Semasa Masyitah menyisir rambut puteri Firaun tanpa sengaja sisirnya terjatuh ke lantai. Tanpa disangka-sangka, saat memungutnya Masyitah berkata: "Dengan nama Allah, binasalah Firaun".

Mendengar ucapan Masyitah itu, puteri Firaun berasa amat marah lalu mengancam dan melaporkan kepada ayahnya. Masyitah tidak sedikit pun gentar akan ancaman itu. Lalu, Masyitah dipanggil oleh Firaun.

Firaun: Betulkah kamu mengucapkan kata-kata penghinaan terhadapku, sebagaimana disampaikan anakku? Dan siapakah Tuhan yang engkau sembah selama ini?

Masyitah: Betul.baginda raja yang zalim.Tiada Tuhan selain Allah SWT yang sesungguhnya menguasai segala alam dan isinya.

Firaun menjadi murka. Dia memerintahkan para pengawalnya untuk memanaskan minyak di dalam kuali besar. Ketika minyak itu mendidih, pengawal kerajaan memanggil orang ramai untuk menyaksikan hukuman yang akan dijatuhkan kepada Masyitah dan anak-anaknya. Namun Masyitah diberi pilihan. Jika dia ingin selamat bersama  kedua-dua anaknya, dia harus mengingkari Allah dan mengaku bahawa Firaun adalah tuhan yang patut disembah. Jika Masyitah ingkar, maka dia dan kedua-dua anaknya akan dimasukkan ke dalam kuali yang sedang mendidih minyaknya.

Hidayah dari Allah SWT.


Masyitah tidak mahu menyerah kalah. Dia tidak akan tunduk dibawah perintah Firaun dan akan tetap mempertahankan imannya. Kemudian Masyitah membawa kedua-dua anaknya ke kuali yang panas itu namun dia kelihatan ragu-ragu apabila anak-anaknya itu. Dengan takdir Allah yang Maha Kuasa, anaknya yang masih menyusu itu berkata, ''Janganlah bimbang wahai ibuku, ini kerana kita semua akan peroleh ganjaran yang hebat daripada Allah SWT. Pintu syurga akan terbuka luas menunggu kedatangan kita''.

Lantas, tanpa sedikit pun rasa takut, Masyitah bersama kedua-dua anaknya terus terjun ke dalam kuali yang berisikan minyak yang panas dan mendidih itu.Tiada sebarang tangisan atau jeritan yang keluar dari mulut mereka.

Keajaiban Kuasa Allah SWT.


Minyak yang sedang mendidih itu telah mengeluarkan haruman yang semerbak..ya Allah...Haruman Masyitah...


SESUCI HATI MASYITAH
by Soff One

Tinggi pekerti darjat kemuliaan
Kekuatan iman tunggak jati diri
Tidak terhakis iman di dada
Walau nyawa menjadi taruhan

Tiada gerun tiada gentar
Kepada Firaun raja yang zalim
Mengaku dirinya sebagai Tuhan
Membunuh mereka yang beriman

Mashitah, Mashitah..
Dirimu wanita mulia
Mashitah, Mashitah
Dirimu pembela agama
Hukuman Firaun tidak mengubah
Rasa cintamu terhadap Islam
Menerima hukuman dengan redha
Menyerah diri pada Yang Kuasa

Mashitah, Mashitah
Dirimu wanita mulia
Mashitah, Mashitah
Dirimu Pembela agama
Lambang keagungan cinta Mashitah
Kepada Ilahi
Pusaranya harum mekar mewangi
Bersama para solihin

Kuasa Allah atasi segala
Anak kecil mampu bersuara
Dipujuk ibunya moga bersabar
Mashitah tiada gentar


Nota:

(^^) Demikianlah kisah pengorbanan Masyitah..semoga kita sama-sama ambil hikmah dan mengikuti jejak mereka...meninggal dunia di dalam keadaan teguh mengenggam kalimah tauhid..

(^^) Siapakah Asiah? InsyaAllah ada kesempatan nek bercerita lagi ya cu..:)

No comments:

Post a Comment