Sunday, June 19, 2011

.::Keistimewaan Wanita bhg 2::.


Assalamualaikum wbt..


hanya menyapu lantai sambil berzikir..

  • Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada Allah SWT akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

  • Seorang wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solatnya dan puasanya), semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.

  • Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya.

  • Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan daripada 1000 kejahatan.

  • 2 rakaat wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.

  • Wanita yang hamil akan mendapat pahala seperti pahala puasa di siang hari, malah di malam hari mendapat pula pahala seperti pahala ibadat.

  • Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatat baginya pahala seperti orang berjihad di jalan Allah SWT.

  • Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

  • Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 ½ tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.

indahnya taman ini..tapi lagi..lagi..lagi indah taman syurga ..

  • Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

  • Seorang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT.

  • Seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka  ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan baginya 8 pintu syurga yang akan dimasukinya dari mana-mana pintu tanpa dihisab.

  • Seorang wanita yang menunggu suaminya pulang ke rumah, dibersihkan mukanya, dihamparkan alas duduk suaminya, disediakan makan minum suaminya, direnung dan dipegang tangan suaminya dengan penuh kasih sayang, diperelok hidangannya, dipelihara anak-anaknya dan dimanfaat hartanya untuk suaminya demi mencari keredhaan Allah SWT, maka disunatkan baginya akan setiap ucapan, langkah dan pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari qiamat nanti, Allah SWT akan mengurniakan NUR sehingga tercenggang semua wanita atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.

  • Seorang wanita yang melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

  • Seorang wanita yang melayan suaminya yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih dengan baik akan mendapat pahala jihad.

  • Seorang wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan seorang wanita yang memicit suaminya apabila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

  • Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik terhadap suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dia memegang pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu. Maka dia menjadikan rambutnya sebagai sumbu pelita. Pada keesokkan harinya, matanya yang buta telah celik. Allah SWT mengurniakan kemuliaan kepadanya kerana memuliakan dan menghormati suaminya.

  • Seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca “Bismillah” maka rezekinya akan diberkati oleh Allah SWT.


  • Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan memandikan mereka, akan dicatatkan oleh Allah SWT untuknya pekerjaan yang baik sebanyak helaian rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pekerjaan jahat mereka  dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

  • Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengeratkan kukunya, akan diberi minum oleh Allah SWT dari sungai-sungai syurga serta diringgankan sakaratul maut untuknya oleh Allah SWT. Dia akan mendapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan oleh Allah SWT baginya pelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”

sumber
.::buku riwayat bidadari syurga::.

Nota:

(+_+) hampir semua keistimewaan di atas merupakan pahala untuk dibawa bekalan di akhirat nanti setelah menjadi seorang isteri dan ibu..hehe..tapi umur nie baru setahun jagung:))

(+_+)hanya sekadar perkongsian kita bersama dan menjadi motivasi diri kita untuk menjadi muslimah yang lebih sejati:)

(+_+)selamat beramal...




No comments:

Post a Comment