Thursday, March 22, 2012

Dari Dapur:Murtabak Sardin Cream Crackers :)


Assalamualaikum wbt..

Hujung minggu yang lalu, saya berkesempatan bercuti di rumah family angkat di perlis ini. Bagi yang belum tahu, family angkat ini saya terima dari program bakti siswa dari sem yang lepas.Alhamdulillah ukhuwah ini masih lagi kuat dan semoga ia berkekalan buat selama-lamanya^^.InsyaAllah. Di sana,sungguh seronok sebab boleh maen dengan aina!:p seronok dapat jumpa mereka kembali setelah lama bercuti. Alhamdulillah semuanya sihat-sihat dan comel-comel belaka. Sebagai hadiah dan tanda ingtan dari family saya buat mereka, saya telah membawa 2 paket keropok keping yang belum digoreng kepada mereka. Mama, bapak dan adik-adik cakap, sedap! sempat lagi saya mempromote suruh cuti-cuti di Terengganu nanti :)

Jadi, sekarang saya sekadar ingin berkongsi dengan anda semua tentang resepi murtabak sardin cream crakers yang telah selamat diajar oleh mama. Alhamdulillah.Terima kasih mama. Mama cakap mama pun tengok dari internet juga :) Sedap ke murtabak nie?. Kalau nak tahu sangat sedap rasa macam murtabak yang kita beli kat pasar malam tu la, cuma murtabak ini menggunakan  biskut cream crackers. Apabila murtabak dah sedia dimakan, tak rasa pun biskut tu cuma rasa sedap aje :) Kalau bab makan semuanya sedap :)

Jom kita lihat resepinya :)


Bahan-bahan Untuk Inti

  • 2 tin kecil sardin
  • 1 biji bawang besar -didadu
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 1 sudu besar cili kisar
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 bj limau kasturi- amik jus  

Bahan-bahan Untuk Topping
  • Biskut Cream Crackers secukupnya
  • Santan(boleh juga menggunakan 1 tin susu cair)


Cara-cara Untuk Inti


1. Tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & Kacau hingga naik bau.

2. Masukkan bawang besar yang didadu.

3. Masukkan sardin, hancur-hancurkan sardin dengan menggunakan sudip.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan jus limau kasturi.


Cara-cara Untuk Melapis Murtabak


1. Seelok-eloknya gunakan loyang segiempat tepat.

2. Celup biskut kedalam santan (mama menggunakan santan,kalau nak gantikan santan dengan susu cair pun boleh). Tak perlu sampai biskut tu kembang, cukup terendam sahaja dan susun biskut 2 keping-2 keping ke dalam dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain sehingga memenuhi permukaan loyang.

3. Ambil sesenduk adunan inti sardin tadi dan ratakan diatas permukaan biskut.

4. Kemudian, ulangkan cara 2 dan 3 yang sama untuk mendapatkan beberapa lapisan lagi.

5. Bakar di dalam oven pada suhu 150 C selama 45 minit atau sehingga perang :)


Biskut yang disusun di dalam loyang.
Siap sedia untuk dibakar :)


Aisyah..inilah kakak aina :)
comey sungguh aina..akak doakan semoga aina menjadi puteri 
yang solehah kepada mama dan bapak.amin..
*masa ini ajar aina ambil surat dan bagi kepada mama :)
aina..nanti kita maen same2 lagi yep ..
tunggu kaktak (aina panggil) datang oke?
^__^








No comments:

Post a Comment