Saturday, October 13, 2012

Ucaplah ''InsyaAllah'' :)

Assalamualaikum wbt..


Sempena hari jumaat iaitu perayaan kecil untuk kita sebagai umat islam, saya nak berkongsi 2 potong ayat daripada Surah Al-kahfi ayat 23-24:

"Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, ''Aku pasti melakukan itu besok pagi," kecuali (dengan mengatakan)"InsyaAllah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini."


Alhamdulillah, sebernanya inilah penawar untuk hati kita bila kita menghayati daripada tafsir Al-quran ini. Semuanya sudah diceritakan cuma tinggal kemahuaan kita sahaja untuk mendalaminya :) mungkin kita tak biasa meluangkan masa sekejap mendalaminya tetapi lama-kelamaan kita jadi jatuh cinta dengan ayat-ayat cinta dari Allah ini sebab dulu pun saya begitu..Alhamdulillah Allah sayangkan saya untuk gerakkan hati ini.


:) Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini..insyaAllah

:) Alhamdulillah baru siap assignment circuit:) dan minggu depan 5 test yang menanti huhu..InsyaAllah semoga Allah memberi kekuatan untuk tempuhi dengan baik kepada saya dan sahabat2..amin good luck!gambate!!senyum selalu ^___^

Saturday, May 5, 2012

Bila Allah Menduga Kita..


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..bila sudah masuk sem 2,saya amat sangat memerlukan motivasi diri yang tersangat tinggi. Kata- kata penguat itu dah melambangkan perjuangan kali ini lebih mencabar daripada sem 1.Ya Allah, dalam doa air mata ini sungguh murah..sebelum tidur pom air mata ini lagi murah bila saya muhasabah diri semula..saya berkata Ya Allah Engkau lebih Mengetahui,hambaMu ini sangat lemah.HambaMu ini tak mampu..tak berdaya nak melalui hari-hari mendatang tanpa pertolonganMu. Sungguh, saya hanyalah insan yang biasa yang mana hidup kita tak lari daripada ujian nikmat mahupun dugaan. Bila ujian nikmat Allah kurniakan, saya bersyukur atas rezeki ini tetapi saya berharap semoga Allah selalu menjaga hati saya daripada sifat-sifat mazmumah dan apabila Allah menguji saya dengan dugaan, saya bimbang saya tidak boleh bersabar, tabah mengharunginya dan kuat dari segi rohani,mental dan fizikal. Waktu ini dan seterusnya hingga akhir hayat saya, hanya satu saya mengharapkan semoga Allah bersama saya dan saya yakin Dia Maha Mendengar.

Saya hanya ingin berkongsi dengan anda semua tentang apa yang saya perolehi apabila membaca sebuah buku ini. Buku ini sangat sangat saya sayang sebab seorang sahabat telah menghadiahkan buku ini kepada saya:)Alhamdulillah.Buku ini hadir tepat pada masanya kerana sesuai dengan situasi yang saya alami sekarang.Terima Kasih sahabat!Sayang Izzati Fillah :)


Contohnya, saya bagi satu situasi yang selalu kita alami sebagai seorang pelajar. Sebagai seorang pelajar,kita menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak untuk belajar bersungguh-sungguh demi mengembirakan hati  dan membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita disamping menjadi penyejuk hati mereka. Kita tahu belajar itu satu jihad sebab kita sedang berjuang bersungguh-sungguh untuk memperoleh ilmu sesuatu bidang tersebut. Tetapi bila tiba time exam,quiz atau sebagainya..kita tidak peroleh markah seperti kita inginkan. Lepastu mula la kita kita sedih,frust,tension dan sebagainya. Dimanakah silapnya kita?sedangkan kita dah study semua benda dah.

Jadi mari kita betulkan semula niat kita, kita study..jawab exam..jawab quiz kerana siapa? Ya kerana Allah..insyaAllah saya berpesan kepada diri saya juga semoga sebelum kita nak melakukan sesuatu kita mesti perbaharui niat kita. Kita hidup pom nak cari redha Allah jgk kan:) Daripada buku ini, seseorang yang memahami tentang kekuasaan Allah dalam menetapkan segala sesuatu serta perintahNya pada manusia supaya selalu berusaha,maka dia akan berasa tenang dalam hidupnya. Dia akan berasa tenang kerana mengetahui bahawa dia hanya diperintahkan untuk bekerja serta berusaha dan dia tidak diperintahkan untuk memastikan hasilnya. Saya sangat suka ayat tersebut, betul kan kita hanya perlu berusaha sahaja kemudiaan apabila sudah berusaha kita bertawakal disamping berdoa. Sebab selepas itu semuanya urusan Allah yang mentakdirkan sesuatu untuk kita dan Allah tak akan menzalimi hambaNya. Jadi jika apa saja yang kita usahakan belum berhasil, tidak perlu lagi kita sedih dari kegagalan tersebut kerana kita sudah usaha dan bukan usaha kita jadi penentu sebaliknya Allah yang Maha Menetukan.Subhanallah..Yang penting kita terus istiqamah dalam amal dan usaha tersebut.


Oleh itu,kita tidak perlu ragu untuk bertawakal dan menyerahkan segala kesudahannya hanya kepada Allah. InsyaAllah pilihanNya jauh lebih baik dan lebih bermanfaat daripada pilihan kita..Amin..jom kita sebarkan bahagia^^..duhai hatiku..jangan sedih-sedih lagi..kalau sedih..baca motivasi nie lagi ye:p..kadang-kadang saya suka berkongsi dengan teman saya selain mak saya,bila saya bercerita..kesudahannya mesti teman saya cakap itu belum rezeki kita lagi..kita usaha lagi..sebab kita tengah usahakan benda yang baik..InsyaAllah Allah akan memakbulkan doa kita..yang penting kita kena yakin kekuasaanNya..Alhamdulillah...terima kasih temanku..:)


Thursday, March 22, 2012

Dari Dapur:Murtabak Sardin Cream Crackers :)


Assalamualaikum wbt..

Hujung minggu yang lalu, saya berkesempatan bercuti di rumah family angkat di perlis ini. Bagi yang belum tahu, family angkat ini saya terima dari program bakti siswa dari sem yang lepas.Alhamdulillah ukhuwah ini masih lagi kuat dan semoga ia berkekalan buat selama-lamanya^^.InsyaAllah. Di sana,sungguh seronok sebab boleh maen dengan aina!:p seronok dapat jumpa mereka kembali setelah lama bercuti. Alhamdulillah semuanya sihat-sihat dan comel-comel belaka. Sebagai hadiah dan tanda ingtan dari family saya buat mereka, saya telah membawa 2 paket keropok keping yang belum digoreng kepada mereka. Mama, bapak dan adik-adik cakap, sedap! sempat lagi saya mempromote suruh cuti-cuti di Terengganu nanti :)

Jadi, sekarang saya sekadar ingin berkongsi dengan anda semua tentang resepi murtabak sardin cream crakers yang telah selamat diajar oleh mama. Alhamdulillah.Terima kasih mama. Mama cakap mama pun tengok dari internet juga :) Sedap ke murtabak nie?. Kalau nak tahu sangat sedap rasa macam murtabak yang kita beli kat pasar malam tu la, cuma murtabak ini menggunakan  biskut cream crackers. Apabila murtabak dah sedia dimakan, tak rasa pun biskut tu cuma rasa sedap aje :) Kalau bab makan semuanya sedap :)

Jom kita lihat resepinya :)


Bahan-bahan Untuk Inti

  • 2 tin kecil sardin
  • 1 biji bawang besar -didadu
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 1 sudu besar cili kisar
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 bj limau kasturi- amik jus  

Bahan-bahan Untuk Topping
  • Biskut Cream Crackers secukupnya
  • Santan(boleh juga menggunakan 1 tin susu cair)


Cara-cara Untuk Inti


1. Tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & Kacau hingga naik bau.

2. Masukkan bawang besar yang didadu.

3. Masukkan sardin, hancur-hancurkan sardin dengan menggunakan sudip.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan jus limau kasturi.


Cara-cara Untuk Melapis Murtabak


1. Seelok-eloknya gunakan loyang segiempat tepat.

2. Celup biskut kedalam santan (mama menggunakan santan,kalau nak gantikan santan dengan susu cair pun boleh). Tak perlu sampai biskut tu kembang, cukup terendam sahaja dan susun biskut 2 keping-2 keping ke dalam dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain sehingga memenuhi permukaan loyang.

3. Ambil sesenduk adunan inti sardin tadi dan ratakan diatas permukaan biskut.

4. Kemudian, ulangkan cara 2 dan 3 yang sama untuk mendapatkan beberapa lapisan lagi.

5. Bakar di dalam oven pada suhu 150 C selama 45 minit atau sehingga perang :)


Biskut yang disusun di dalam loyang.
Siap sedia untuk dibakar :)


Aisyah..inilah kakak aina :)
comey sungguh aina..akak doakan semoga aina menjadi puteri 
yang solehah kepada mama dan bapak.amin..
*masa ini ajar aina ambil surat dan bagi kepada mama :)
aina..nanti kita maen same2 lagi yep ..
tunggu kaktak (aina panggil) datang oke?
^__^








Friday, March 9, 2012

♥Cinta Ummu ad-Darda' yang sweet♥

Assalamualaikum wbt..

Luqman bin ‘Amir menceritakan bahawa Ummu ad-Darda’ pernah berkata, “Ya Allah, sesungguhnya Abu ad-Darda’ telah melamarku, maka ia pun menikahiku di dunia. Ya Allah aku memohon kepadaMu agar Engkau menikahkanku dengannya di syurga.


Abu ad-Darda berkata kepadanya, “Jika Engkau menginginkan hal tersebut, dan Aku meninggal dunia lebih dulu darimu, maka janganlah engkau menikah lagi dengan lelaki lain.” 


Luqman berkata, “Ternyata Abu ad-Darda’ meninggal lebih dulu dan meninggalkan dua orang anak untuk Ummu ad-Darda’, mereka berdua adalah Jamal dan Hasan. Kemudian Mu’awiyah datang melamarnya.”Maka Ummu ad-Darda’ berkata, “Tidak. Demi Allah, saya tidak akan menikah dengan lelaki-lelaki lain di dunia sampai saya menikah dengan Abu ad-Darda’ di syurga kelak – insyaAllah - .”
(Jawahir Shifatush Shafwah)

 Sweetnye kisah cinta Abu ad-Darda' dan Ummu ad-Darda' :) Mencintainya yang satu kerana Allah sehingga ke syurga nanti. InsyaAllah.

 Walaupun mungkin kita tidak dapat bersama di dunia ini, tetapi kita akan bersama di syurga nanti :) InsyaAllah. Setia menanti dirinya. Ya Allah.. Ya Alim.. Ya Mujib.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati 
(Surah Luqman ayat 23)

Sunday, January 29, 2012

Dari Dapur:Nasi Ayam Bonda :)


Assalamualaikum wbt..

Sejak balik dari cuti sem baru-baru ini, sudah 3 kali kami sekeluarga makan nasi ayam:) Alhamdulillah. Hal ini disebabkan abg cik suka sangat makan nasi ayam. Kalau dia makan 3 pinggan baru dia mengaku kalah sebab dah kenyang :) Jom berkongsi tengok resepi bonda saya.

Bahan-bahan :
  • ayam
  • beras
  • bawang merah
  • halia
  • bawang putih
  • sup bunjut
  • cili masak
  • sedikit kicap manis dan masin
  • sedikit sos cili dan tomato
  • daun sup
  • 2 helai daun pandan disimpulkan
  • planta
  • ubi kentang


Bahan-bahan sampingan :
  • Tomato
  • Timun
  • Daun salad


Cara-cara :

Rebus Ayam

  • Rebus ayam bersama halia dan bawang putih yang ditumbuk sehingga masak. Waktu ini,garam tak perlu letak lagi.

  • Setelah masak, toskan ayam dan perap bersama kicap manis dan kicap masin. Air rebusannya jangan dibuang.

Masak Nasi

  • Masukkan hirisan halia, bawang merah dan bawang putih, daun pandan yang telah disimpulkan dan planta ke dalam kuali dan goreng sehingga naik wangi.

  • Seterusnya, masukkan beras yang telah dibasuh ke dalam kuali dan goreng bersama bahan-bahan tersebut. Setelah beras sebati, tutupkan api dapur dan masukkan kedalam periuk nasi elektrik.

  • Masukkan air rebusan ayam tadi sehingga beras tenggelam sedikit. Letakkan garam secukup rasa dan biarkan masak. (kuantiti air rebusan ayam juga bergantung pada jenis beras yang digunakan)

Goreng Ayam

  • Ayam yang telah diperap kemudiannya digoreng. Tidak perlu goreng terlalu lama sebab ayam itu dah masak. Dah nampak gelap sedikit, angkatlah.

  • Lebihan kicap hasil perapan ayam tadi boleh digunakan sebagai kicap untuk makan bersama nasi ayam nanti.

Sup

  • Untuk kuah sup, gunakan baki air rebusan ayam tadi dan tambah sedikit air. Masukkan sup bunjut, ubi kentang dan garam secukup rasa. Setelah masak, masukkan daun sup untuk menyedap dan mewangikannya.

Sos cili

  • Untuk sos cilinya pula, blend cili masak bersama 1 ulas bawang putih dan sedikit air masak hingga hancur. Kemudian, kacau bersama-sama sedikit sos cili dan sos tomato, letakkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  • Setelah siap semua, bolehlah makan bersama-sama salad, timun dan tomato.

Tadaaa!! Inilah Nasi Ayam Bonda:) Ayah cakap dekat pasar timun dah habis.
 It's okey ayah! ini pun dah cukup :)

Kuah Sup

Dadih sebagai pencuci mulut. Ini kalau jual dekat U laku x?.hee
Saya buat dadih perisa jagung dan manggo :)
Mak tanya, air apa nie? Air dadih ke? Warna sama je.
Mak, Inilah air sunquick yang dicampur dengan susu pekat manis.
Rasanya macam air yogurt dah.Awesome! Teman saya cakap sedap.
 Balik rumah, bila teringat teruslah saya buat eksperimen :)

✿ Kelainan nasi ayam ini, berasnya digoreng terlebih dahulu bersama-sama bahan lain dan mak juga tak letak pewarna kuning dan hanya menggunakan planta :)

✿ Sharing is caring ^_^