Wednesday, July 20, 2011

Zinnirah..matamu jadi taruhan...



Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah bertemu lagi kita di hamparan maya ini..
Kali ini saya ingin berkongsi kisah srikandi Zinnirah..
Alhamdulillah saya dapat menyiapkannya juga..:)
Jadi tajuk post kali ini..'' Zinnirah..matamu jadi taruhan''
Kenapa dengan mata Zinnirah?? Apakah yang telah terjadi pada matanya??
Kalau anda bersemangat inkuiri ingin tahu..jom kita hayati kisahnya..:)
InsyaAllah kita akan dapat sesuatu apabila menghayatinya..


''Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi''


Begitulah serangkap lirik nasyid Zinnirah dari kumpulan Unic..bagi saya sungguh mendalam maksudnya pada potongan ayat '' Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi ''. Sebenarnya nama Srikandi Zinnirah ini jarang sekali disebut pada zamannya kerana dia bukan dari golongan wanita yang terkenal di dunia malah tidak mempunyai suatu apa pun. Tetapi Allah telah memuliakannya kerana pengorbanannya di jalan Allah..Hebat sungguh Zinnirah kerana selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi..


Kecintaannya kepada Islam


Zinnirah seorang wanita yang walaupun lemah pada zahirnya tetapi kuat rohaninya. Jiwa tauhid sudah sebati di dalam dirinya, tidak ada sesuatu pun yang dapat memesongkannya daripada Allah SWT. Dunia dan segala isi dalamnya bukan lagi buatnya malah sekalipun diberi emas sebesar Gunung Uhud dia tidak akan mempertaruhkan akidahnya. 




Antara terdahulu memeluk Islam


Menurut sesetengah riwayat, dia adalah di antara orang yang awal memeluk islam. Orang yang terdahulu memeluk islam, biasanya akan menerima seksaan dan penderitaan yang sangat pedih berbanding orang yang termudiaan. Zinnirah telah menerima penderitaan. Dia juga adalah wanita yang berbangsa Rom dan telah ditawan untuk di jual di Kota Makkah. Umar Al-Khattab yang ketika itu belum memeluk agama islam telah membelinya dengan harga yang amat murah dan menjadikannya hamba.

Penyebaran agama islam pada awalnya disampaikan secara tersembunyi dan Zinnirah pada ketika itu memeluk agama islam sangat khuatir jika pengislamannya diketahui Umar. Apa saja ibadah yang dilakukannya adalah ketika tiada sesiapa di dalam rumah ataupun ketika semua manusia lena dibuai mimpi. Di masa itulah, dia akan sujud menyembah Allah dengan penuh linangan air mata dan adakalanya dia menangis sehingga sedarkan dirinya.




Keislamannya diketahui Umar


Akhirnya..dengan perasaan yang marah membuak-buak, Umar terus berjumpa Zinnirah dan menyeksanya dengan seksaan yang amat pedih. Dia telah disepak, diterajang, kedua-dua kakinya diikat dan dibiarkan di bawah sinar mentari. Tubuhnya pula ditimpa dengan batu yang sangat berat. Tidak dapat digambarkan keadaannya ketika itu kerana pada waktu siangnya yang begitu terik dan malamnya pula amat sejuk.

Apa yang dialaminya tidak sedikit pun menjatuhkan akidahnya, malah lidahnya tidak henti-henti mengucapkan khalimah '' Allah, Allah, Allah, Allahu Akhbar, Allahlah yang Maha Besar ''. Di dalam sanubarinya berkata, '' Ya Allah! Ini adalah untukMu. Aku menerima kepayahan ini untuk kebahagiaanku di akhirat kelak. Berjihad adalah amat sukar dan tidak pernah sunyi daripada penderitaan dan kesengsaraan. Namun aku sedar untuk beroleh syurgaMu, aku harus melalui jalan berliku yang penuh duri ''. Itulah ucapan untuk mengubati segala kesakitan yang dialaminya.

Matamu jadi taruhan


Seksaan yang paling dahsyat dialaminya ialah ketika matanya ditusuk dengan besi tajam dan menyebabkan dirinya menjadi buta. Walaupun diseksa begitu berat, Zinnirah tetap memohon kepada Allah SWT untuk diberikan hidayah kepada orang yang menimpakan seksaan ke atasnya. Kecintaan Allah telah memberikan semangat dan kekuatan untuknya menanggung segala penderitaan yang dilaluinya.

Walaupun matanya telah buta dan tidak dapat melihat keindahan alam tetapi hatinaya tetap menyala dengan api cintanya terhadap agama. Setelah berlaku peristiwa ini, musuh-musuh Allah telah menyebarkan fitnah kononnya Tuhan mereka, Latta dan Uzza telah membutakan mata Zinnirah. Zinnirah telah menyangkal fitnah itu dan menerangkan kepada mereka bahawa apa yang berlaku adalah takdir Allah dan Allah sahaja yang dapat mengembalikan penglihatannya.

Apabila mendengar kata-kata itu, orang-orang kafir Makkah itu telah mencabarnya. Maka terjadilah persengketaan antara mereka. Zinnirah tetap pendiriannya bahawa Allah SWT telah mentakdirkannya buta disebabkan perbuatan Umar keatasnya. Kemudiaan turunlah ayat Al-Quran yang diutuskan melalui Rasulullah SAW menyanjungi sikap Zinnirah ini.


Umar sudah jemu


Kalau dalam bahasa kita, Umar naik jemu apabila melihat betapa teguhnya iman yang ditunjukkan oleh Zinnirah. Umar pun berhenti menyeksanya kerana dia merasakan tiada gunanya dia menyeksa Zinnirah.
Ini kerana semakin berat dia menyeksa Zinnirah semakin teguh iman Zinnirah kepada Allah SWT. Hebatnya Zinnirah....

Kebesaran Allah SWT


Zinnirah yang buta itu telah pulih penglihatannya. Matanya lebih jernih dan penglihatan lebih jelas dari sebelumnya. Allah telah memberikan nikmat yang tak terhingga kepadanya atas ketakwaannya. Kemudian Saidina Abu Bakar r.a telah membelinya dan memerdekakannya. Bebaslah dia dari kekejaman orang-orang kafir durjana.




Sesungguhnya penderitaan yang diterimanya itu tiada lain hanya menambah lagi rasa cintanya kepada
 Allah SWT. Dia semakin rindu untuk bertemu Allah SWT. Semakin banyak dia bersujud kepada 
Allah SWT, semakin deras air matanya membasahi tempat sembahyangnya. Dia semakin berani untuk berdepan dengan musuh-musuh Allah. Itulah Zinnirah, wanita yang mendapat pimpinan dan kasih sayang Allah..

Zinnirah..Matamu jadi taruhan demi Cinta pada Ilahi..



No comments:

Post a Comment